Iera berkesempatan untuk berbuka puasa di Me’nate Steak Hub Setapak Branch (HQ) yang terletak berdekatan dengan KL Festival City Mall.
Yang menarik sempena Ramadhan ini, Me’nate Steak Hub telah menyediakan 6 set hidangan berbuka puasa untuk anda nikmati sepanjang bulan ramadhan ini.
Alhamdullilah rezeki baby dalam perut. Selalu dengar orang cerita jer makan steak kat Me’nate Steak Hup ni sedap. Kali ni tak tersangka dapat cuba sendiri makan hidangan kat sini.
Serius memang sedap ok. Patutlah ramai orang puji steak dekat sini sedap. Memang sedap oiiiiiii. Kambing! Kambing! Kambing! Sedap weyyyyy.
Me’nate Steak Hub yang Iera pergi ni dekat branch Setapak. Dekat jer dengan KL Festival City Mall.
Yang menariknya semperna Ramadhan yang mulia ini, Me’nate Steak Hub telah menyediakan 6 set hidangan berbuka puasa untuk anda nikmati sepanjang bulan ramadhan.
Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Harga bagi setiap set Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub ini bermula dari RM75 hingga RM350.
Mungkin ada diantara anda yang terkejut dengan harga yang ditawarkan. Harganya pasti berbaloi bagi mereka yang tahu tentang kualiti daging tersebut.
Dalam masa yang sama anda dapat merasai sendiri daging berkualiti yang diimport dari luar negara dan kesemua daging di Me’nate Steak Hub ini adalah HALAL.
Untuk Me’nate Ramadhan Hidangan Istimewa Ramadhan ini, anda boleh memilih set mengikut citarasa masing- masing. (Minimum untuk 2 orang tempahan)
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Set A – RM75/seorang – Angus + Beef Ribs + Lamb ribs/Ranghost + Pasta Olio Aglio + Mix salad
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Set B – RM75/seorang – Lamb Shank + Lamb ribs + Lamb Rack/Loin + Lamb Syabu + Pasta Olio Aglio + Mix salad
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Set C – RM100/seorang – Salmon + Mussel + King Prawn + Scallop / Crab Meat + Pasta Olio Aglio + Mix salad
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Set D – RM150/seorang – Wagyu Beef + Wagyu Beef Ribs + Pasta Olio Aglio + Mix salad
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Heavenly Lamb – RM300 ( Untuk 4-6 orang )
- Briyani Rice
- Lamb Shoulder
- Mix Salad
- Fruits ( mix )
- Kurma
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Heavenly Beef – RM350 ( Untuk 4-6 orang )
- Briyani Rice
- Crackling Roast Beef
- Mix Salad
- Soup of the Day
- Fruits ( mix )
- Kurma
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Keratan rentasnya.
Terasa nikmat dagingnya yang berjus. Memang sedap kunyah-kunyah camtu jer. Tak payah pun nak cecah-cecah dengan sos bagai.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Wagyu – Korang pernah dengar kan pasal daging wagyu yang orang makan sampai beribu-ribu tu.
Ok yang ni lagi tak pernah terfikir dek akal yang Iera akan dapat cuba sendiri makan. Perrghhhhhh. Bila tetiba dihidangkan atas pinggan masa tu memang tak sempatlah Iera nak snap gambar. Memang terus ngaaaaaaap jer. Memang lagi double triple sedap ok.
Lepas dapat jer rasa daging wagyu ni terus tak rasa nak makan benda lain or minum air sebab nak bagi rasa daging tu ada jer kat mulut. sampai camtu sekali. kau hadooo.
Harga mentah untuk daging wagyu ni dalam RM800 – RM1,000 untuk 100 gram.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cerita balik bab steak tadi. Banyak-banyak bahagian, bahagian ni yang paling Iera suka. Sebab apa. Sebab nikmat weyyy makan steak sambil pegang bahagian tulang tu dengan tangan. Ko tak payah susah-susah nak pisau garfu bagai. Umpama kau makan ayam goreng bahagian drumstik tu.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Gambar pemilik En.Mustaffa Othman dan orang kuat Me’nate Steak Hub yang terdiri daripada anaknya sendiri
Jika anda ingin menikmati steak/lamb terbaik, anda boleh datang sendiri ke mana-mana satu cawangan Me’nate Steak Hub yang dinyatakan dibawah.
Me’nate Steak Hub – Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03,
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 8121
Fax: 03-4131 1611
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Me’nate Steak Hub – Ampang Jaya Branch
No.16,Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4251 3460
Me’nate Steak Hub – WangsaMaju Branch
25,Jalan Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.