Sewaktu round-round sekitar Rawang untuk mencari rumah sewa dengan mertua, dapat sms dari dia.
“Jom makan sama-sama malam ini, ajak mak dan ayah. Abang nak belanja Nandos”
Bestnya…
Dah lama tak makan Nandos. Last makan pun sebelum kahwin dulu. Kalau tidak, hampir setiap minggu pergi ke Nandos.
Tetapi kena tunggu dia habis kerja dulu baru boleh pergi makan. Tak pasti pukul berapa dia balik kerja, kalau banyak kerja. Memang lewat dia akan gerak balik.
Akibat tersekat dalam kesesakan lalu lintas, pukul 9 malam baru sampai ke Nandos, Paradigm Mall. Betul-betul berdekatan dengan rumah si dia.
Sampai-sampai je, tengok muka dia tak tersenyum. Nampak sangat tengah kelaparan. Salah cakap nanti, mahu kena marah.
Dia kalau lapar, ada gaya macam Sang Singa sikit.
Apa-apa pun, terima kasih kepada Nandos Malaysia sebab sudi menaja voucher bernilai RM100 untuk kami sekeluarga makan.
Untung jadi peminat Nandos, ada sahaja voucher yang diberikan oleh mereka.
Tapi yang selalu dapat, sure la dia je.