Adakah anda peminat Street Churros?
Kini anda tidak perlu pergi ke Korea semata-mata untuk beratur membelinya bila cawangan pertama Street Churros telah dibuka di IOI City Mall, Putrajaya.
Pada minggu pertama ianya dibuka, mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengunjung IOI City Mall dimana 150 pengunjung pertama akan menerima Churros secara percuma.
Disini, dihidangkan pastri goreng Churros, ramuan dan resepi istimewa dari Korea Selatan dengan ‘hand-crafted recipes’ yang rangup dan lembut ‘fresh from oven’!.
Untuk pengetahuan anda, Street Churros ini merupakan rantaian outlet Churros terbesar di dunia.

Churros – RM4.90,
Hadir dalam bentuk ladam kuda dengan 3 perasa pilihan, Cinnamon, Cheese dan Coklat.
Ia juga disertakan dengan Dipping Sauce berperisa Coklat, Cheese, Strawberry dan Blueberry pada harga RM1.50 setiap satu bagi menambahkan rasa pada Churros anda.
Filling Chu – RM7.90
Hadir dengan ‘filling’ berperisa Coklat, Cheese atau Blueberry. Masa Bro datang hanya ada perisa coklat sahaja.
Memang nikmat menikmatinya bila terasa filling coklatnya mengalir sewaktu mengigitnya.
Ah Chu – RM8.90
Ia merupakan kombinasi churros yang baru di goreng dan soft ice cream dengan pilihan perasa Original, Choco Choco Choco Berry dan Strawberry.
Ramai juga yang menyukai churros sambil menikmati ice cream.
Street Churros juga menawarkan pelbagai range minuman exclusive untuk pelanggan mereka.
Antaranya Latte ekslusif, Choco Latte, Green Tea Latte dan Milk Tea Latte, juga Fresh Lemonade dan Passion Fruit sebagai minuman pilihan.
Bergambar bersama pemilik Street Churros.
Akan datang, Street Churros akan membuat 5 lagi outlet di Malaysia, Sama-sama kita nantikan.
Bagi yang berada berdekatan atau terlalu, boleh singgah menikmati Street Churros yang sedap ini di :-
Street Churros Malaysia
LG-66A, Lower Ground Floor, IOI City Mall Putrajaya.
Instagram: @streetchurrosmy ! Facebook: StreetChurrosMY
Website: streetchurros.com.my